Kaedah Block/Unblock Write Protect USB Drive

Posted by Unknown - -

Kaedah Block/Unblock Write Protect USB Drive



`Write Protected`, satu keadaan dimana tidak membenarkan penyimpanan, pembuangan, pengubahsuaian sesuatu data ke dalam sesuatu devices sebagai contoh usb/pendrive korang semua. Term dia senang dan simple. Korang boleh set sendiri usb korang untuk dijadikan write protected atau pun, akan ada sesetengah anti-virus yang akan tolong setkan bila ada virus yang infect pendrive/usb korang.

Kaedah atau langkah-langkah untuk block/unblock write protect usb drive:

1. Klik butang `Start` kemudian pilih `Run` dan tulis `regedit`

2. Klik pada `HKEY_LOCAL_MACHINE`, pilih `SYSTEM` dan pilih `CurrentControlSet`

3. Dalam directory `CurrentControlSet` pula korang pilih directory `Control`

4. Klik kanan pada directory `Control` dan klik `New → Key`

5. Ubah nama atau 'rename' nama directory yang baru dibuat tadi kepada → `StorageDevicePolicies`

6. Klik kanan pada `StorageDevicePolicies` pilih `New → DWORD Value`

7. Klik kanan lagi sekali pada `DWORD` yang baru sahaja dihasilkan, pilih `Rename`, tukar nama `DWORD` tu kepada 'WriteProtect'

8. Double klik pada `WriteProtect` (DWORD yang di 'rename') dan masukkan nilai dalam `Value Data` ANTARA (0/1)

*NOTES: Jika anda masukkan nila '0' maka ia dikira 'turn off' dan nilai '1' pula dikira sebagai 'turn on

Kalau korang letak nilai '1', maka segala usb/pendrive yang masuk ke dalam port akan menjadi `write protected`. Ia bermaksud orang lain tidak boleh salin dan tampal (copy and paste) saja data data dalam pendrive/usb korang sesuka hati ke dalam usb/pendrive mereka. 

Untuk pengetahuan semua, kalau terkena virus yang menyebabkan usb/pendrive korang automatic bertukar jadi `Write protect` tapi jangan risau. Korang ikut balik kaedah atas nii dan tukarkan value data kepada '0' dan `write protect` itu akan hilang. 

Walaupun ramai abang akak yang dah tahu pasal nii, saya cuma nak mengingatkan anda semula. Mana tau kot kot ada yang lupa. Hehehe. Lagi pun ilmu perlu dikongsi, bukan tamak makan diri. :p