Pengertian Driver Dan Fungsi Pada Komputer

Posted by Unknown - -



Driver adalah software yang merapatkan antara Hardware dengan komputer. Contohnya kita ingin connect modem kita dengan laptop. Wajib ada driver tertentu untuk menyambung modem agar modem tersebut boleh dibaca oleh laptop.

Kita analogikan Driver ini adalah seorang pemandu. Dan objeknya adalah kereta. Pastinya untuk memandu kereta, perlu pemandu khas untuk kereta itu. Tidak ramai pemandu boleh memandu semua kereta. Jadi, pemandu perlu memandu khusus untuk boleh memandu kereta tertentu. Kalau pemandunya sesuai dengan kereta, pasti kereta itu boleh jalan dengan lancar. Kira-kira begitulah logik dari sebuah Driver :)

Hampir sama dengan Kernel. Tapi, Driver ini lebih khusus pada Hardware tertentu. Kalau Flashdisk di masukkan ke USB, pasti dibaca oleh komputer kerana di komputer sudah ada drivernya. Walaupun tak ada driver, Flashdisk tersebut masih boleh dibaca oleh Kernel dari Sistem Operasi.

Still tak faham lagi? Driver itu ibarat Kad Pengenalan / IC. Agar kita boleh dikenali oleh Polis, kita harus menunjukkan Kad Pengenalan / IC kita kepada polis itu. Kalau kita berjaya menunjukkan Kad Pengenalan / IC kepada polis tersebut bermakna kita bukan pendatang asing :)


Credit toghadinkz23.blogspot.com